Ya, orang kata hidup sendirian tu menyedihkan. Tapi, Alhamdulillah setakat ini aku belum rasa sedih bersendirian. selama berapa tahun aku tanpa suami, aku dapat menjaga arwah bapa, sekurang-kurangnya aku telah berbakti kepada arwah bapa yang tercinta. RINDU?? memang rindu. Malah tersangat rindu. Gelak tawa bapa, suara bapa, semua tentang bapa masih aku teringat-ingat. Dan itu menyebabkan aku dapat melupakan sejarahku dengan insan bergelar suami masa laluku.
Aku hidup sekarang ni, aku mahu kumpul duit banyak-banyak. Mau pergi melancong, dan bayar hutang-hutangku semua termasuk hutang Maybank yang disebabkan lelaki itu. In shaa Allah ,lepas aku sudah puas, aku mau pergi umrah. cuma kena tunggu sampai umur 50tahun kalau aku tiada suami.
Bukanlah tiada langsung niat dihati ingin kembali bersuami, tetapi masa lalu buat aku fobia dan takut untuk melangkah lebih jauh. So, just go with the flow....Biarlah Allah menentukan segalanya. Andai terjadi, itu adalah jalan terbaik yang Allah sediakan untuk aku.. In shaa Allah.

0 orang comel:
Post a Comment