Larry Page dan Sergey Brin
Siapa yang tidak kenal dengan dua pemuda hebat dengan enjin pencarian paling handal dan paling banyak digunakan di seluruh dunia. Mereka membuat enjin pencarian (search engine) yang dinamakan Google pada tahun 1998 ketika mereka baru berusia 24 tahun. Tujuan utama mereka mewujudkan google hanya sebagai bahan untuk meluangkan masa bersama hobi coding mereka. Tetapi sangat diluar dugaan apabila Google menjadi mesin pencarian nombor satu yang bersaing hebat dengan Yahoo. Siapa yang tak kenal dengan www.google.com? Pasti ramai yang memilihnya untuk dijadikan browser’shomepage.

Dua pemuda ini mencipta mesin pencari yang menjadi saingan paling hampir Google, iaitu Yahoo! Mereka membangunkan Yahoo! sebagai hirarki web direktori yang kemudian pengunjung diluar dugaan mereka. Tahun 1995 kedua orang ini membangunkan Yahoo! yang pada saat itu Jerry berusia 26 tahun dan David Filo 28 tahun. Kedua-dua pemuda sukses ini mungkin sering muncul di majalah setelah Microsoft memberikan tawaran bernilai US$44.6 million untuk mengambil alih Yahoo Inc.

Joe Hewitt dan Blake Ross
Anda seorang pengguna browser Mozilla Firefox? 2 orang pemuda hebat inilah yang membuatnya. Tahun 2003 menjadi tahun bersejarah bagi Blake Ross. Beliau membuat Mozilla ketika berusia 19 tahun.Mozilla perkembang sangat pesat, menggoda pengguna Internet untuk menggunakan browser Mozilla Firefox yang lebih mudah digunakan jika dibandingkan kebanyakan aplikasi pelayar web yang lain.

Pemuda ini mungkin sudah menjadi pemuda paling kaya sepanjang perjalanan web social Facebook! Pada usia ke-19 tahun Mark mencipta Facebook yang kini menjadi ruangan web sesawang berbentuk sosial kedua terbesar selepas MySpace. Tidak hairan jika saya, Junaidisite[dot]Com juga sudah berdaftar di Facebook.

Kalau Anda sering mencari video klip di internet, pasti anda pernah membuka YouTube! Steve dan Chad membangunkan YouTube pada tahun 2005. Pada saat itu Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun. kini YouTube diambil alih oleh Google dengan nilai $1.65 million.

Matt Mullenweg
Para Blogger kalau ditanya tentang siapa Matt Mullenweg pasti tahu. Kerana blogger memanfaatkan hasil karya cipta terbesar di dunia blogging. Matt Mullenweg mencipta platform blogging WordPress ketika berusia 19 tahun iaitu pada tahun 2005. Sejak itu blogosphere mulai berevolusi. Saya sendiri mengakui bahawa WordPress memang senang di guna dan selalu diperbaharui. Dengan pelbagai plugin untuk blog dari segi SEO mahupun layout.

Pierre Omidyar
Ketika Pierre Omidyar berumur 28 tahun beliau membangunkan eBay sebagai website lelongan online antarabangsa yang sangat popular.

Tom Anderson
“Hi! I am Tom” pernah anda terbaca kata-kata tersebut. Jika anda pengguna MySpace mungkin sudah aware dengan Tom. Tom Anderson membangunkan MySpace pada tahun 2004 ketika berusia 23 tahun. Dia mungkin tidak sekaya Mark Zuckerberg. Akan tetapi dia tercatat sebagai mencipta laman sosial yang diguna pakai paling luas di Internet.
Pemuda-pemuda bersejarah dalam perkembangan internet hampir semuanya di dominasi oleh pemuda yang berasal dari Amerika. Bila lagi pemuda Malaysia yang berjaya di internet muncul? Semoga pemuda Malaysia yang hebat-hebat akan ikut serta masuk dalam sejarah perkembangan teknologi.