Pak,
Maafkan aku sebab selama ini tak mendengar katamu,
Maafkan aku sebab bila aku marah, aku hempas pintu bilik tanda protesku,
Maafkan aku sebab selalu meminta duit denganmu ketika aku tidak mempunyai kerja,
Maafkan aku.
Pak,
Maafkan aku sebab masa aku kahwin dulu, aku banyak menggunakan duit dan tenaga bapa,
Maafkan aku bila aku ada masalah kewangan ketika bersuami, tetapi aku masih mengharapkan duit bapa,
Maafkan aku jika bapa selalu mendengar bergaduhanku dengan suamiku dulu,
Maafkan aku ketika aku meminta cerai dengan suamiku, aku memerlukan bantuan bapa sebab suamiku tidak mahu ceraikan aku.
Maafkan aku.
Pak,
Maafkan aku bila aku tiada di sisi bapa ketika bapa dalam keadaan berduka,
Maafkan aku bila aku ikhtihar untuk menetap di kuala lumpur hanya sebab ingin melupakan dukaku tanpa memikirkan perasaan bapa.
Maafkan aku ketika aku berada di kuala lumpur, aku masih jugak menyusahkan bapa di tawau dengan meminta bapa kirimkan aku duit.
Maafkan aku.
Pak,
Maafkan aku sebab tidak menjadi anak terbaikmu,
Maafkan aku sebab tidak menjaga kelakuanku dari aku kecil hingga besar,
Maafkan aku kerana tidak pernah membantumu dari segi wang ringgit,
Maafkan aku.
Pak,
Maafkan aku bila aku paksa bapa ke hospital tetapi bapa tidak mahu pergi,
Maafkan aku ketika aku tidak mampu berbuat apa-apa ketika doktor sakitkan bapa,
Maafkan aku bila hari-hari kita kena pergi hospital untuk membuat rawatan bapa padahal aku tau,bapa tidak sihat untuk kesana kemari,
Maafkan aku bila bapa tidak sempat merasa nasi goreng cornbeefku yang bapa pesan hanya sebab aku terlambat menghantar ke hospital,
Maafkan aku.
Pak,
Maafkan aku disaat hari terakhirmu, aku masih membuat bapa berfikir "macamanalah kehidupan kami bila bapa tiada nanti?"
Maafkan aku sebab terlalu bersedih ketika pergimu menghadap ilahi,
Maafkan aku bila aku tidak redha atas apa yang berlaku,
Maafkan aku bila aku meraung inginkan bapa kembali padaku,
Maafkan aku Ya Allah..
Pak,
Maafkanlah kesilapan anakmu ini,
Sesungguhnya aku amat menyayangimu dan merindukanmu,
Kasih bapa kepada kami adik beradik akan sentiasa kami ingat dan hargai.
Pak, aku rindukanmu..
Al Fatihah.
Allahyarham Haji Bahri Bin Hj Yunus
1957-2015
