“My specialty is sleeping and my hobby is also sleeping.”— Jessica Jung
Why Clino?
Before aku terangkan kenapa clino? Aku ceritakan serba sedikit yang aku tau berkenaan clino. Clinomaniac ni sejenis Disorder (mental problem) la kunuk. Clino bermaksud katil(bed) yang berasal dari perkataan Greek. Mania pula bererti obsession(obses). So Clinomaniac adalah bermaksud keinginan yang berlebihan untuk stay di atas katil.
And akupun salah seorang Clinomania yang belum dipastikan kesahihannya.
hahahah..
Tanda-tanda kau adalah seorang Clinomaniac?
1. Bila seseorang tanya "hoi, hobi kau apa?" "then kau jawab "sleeping is my hobby".
Betul ni ya, so jangan main main isi hobi tu..
2. Bila kau bangun dari tidur, benda yang kau inginkan adalah terlentang di atas katil.
3. Kau rasa lagi selesa bila date kau adalah dengan comforter daripada dengan manusia.
4. Ko rasa takut sekali bila meninggalkan katil.
5. Sleeping atas katil lagi selesa dan nyaman berbanding buat kerja lain biarpun makan.
6. Perkara paling berharga dan paling kau inginkan adalah bersatunya kau dengan katil.
7. Semua benda kau boleh lakukan dengan hanya berada di atas katil. contoh eat in the bed, read in bed, even playing video games pun in the bed.
8. Sangat banyak masa kau boleh gunakan hanya dengan berada di atas katil.
9. Boleh saja kau bermimpi kau tengah baring di atas katil padahal ketika tu kau di office.
10. Terasa sangat gembira bila dapat merangkak ke katil dan sanggup bayar hanya kerana keinginan membuak-buak untuk berada diatas katil.
