-->
skip to main | skip to sidebar
!~Extraordinary Girl~!
Setiap tulisan, ayat, abjad yang diguna untuk menghasilkan apa-apa entry yang terdapat di blog ini adalah hak milik persendirian. Sebarang Pencetakan, Peng'copy-paste', Peng'print screen hasil daripada idea sendiri adalah salah melainkan info², dan benda² yang bersangkut - paut dengan dunia luar dan bukan tulisan empunya blog ini. Pendapat penulis tidak semestinya kekal.Sila beri kerjasama ... Sekian, terima kasih...***

Saturday, January 17

Cara Minta Kawin Lagi..

This is about: juz for laugh
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006


Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

1. Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya.. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki


Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana? Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah... . ahaks!

2 orang comel

Ciri Lelaki Intelek

This is about: Juz 4 share 1
Ciri-ciri lelaki bijak tafsiran model dan pengacara, Belinda Chee.


Yakin.

Lelaki bijak petah berbicara apa saja. Lelaki berkeyakinan seperti ini tahu mereka mampu bercakap mengenai pelbagai topik. Namun, kadangkala lelaki sebegini dianggap berlagak atau suka cakap besar. Lelaki bijak selalunya mengagumkan ramai orang tanpa perlu bercakap besar.


Pandai berkomunikasi serta berkebolehan mengajar.

Disebabkan lelaki bijak berpengetahuan luas, mereka lazimnya yakin dengan diri sendiri. Mereka tahu apa yang mereka tuturkan dan dengan itu, mampu berkomunikasi dan mengajar orang lain dengan baik.


Optimistik.

Lelaki bijak tahu kepintaran mereka dapat mengelak diri daripada menanggung kesusahan. Kebanyakan lelaki intelek bersikap positif dalam hidup mereka.


Segak.

Lelaki bijak pandai bergaya. Saya selalu membayangkan lelaki bijak memakai pakaian kemas, kaca mata bergaya serta kasut yang mengikut fesyen terkini. Ia mungkin kedengaran stereotaip tapi bila anda berpakaian kemas, persepsi orang akan menjadi lebih baik.


Semestinya pandai berjenaka.

Kebijaksanaan lelaki menjadikan mereka spontan bila berjenaka.

2 orang comel

Jenis2 ketawa?

This is about: Juz 4 share 1
Jenis2 ketawa yang dapat dikenalpasti ... .. ketawa korang macam mana??

1. Ketawa orang kaya :- Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak :- Hark hark hark
3. Ketwa kebaratan :- Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut :- Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah :- Kah kah kah kah
6. Ketawa pontianak :- Hiiii hiiii hiii hiiii
7. Ketawa eksyen :- Ek ek ek ek ek
8. Gelak besar :- Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang :- Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit :- Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut :- Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan)
12. Senyum :-
13. Sengih :-
14. Ketawa bergolek-golek :- LOLROTFL
15. Ketawakan dia :- He he he he he
16. Kekkekekekek :- ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan)
17. Ketawa jimat cermat :- ahakz
18. Ketawa tak ikhlas :- hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh
19. Hampir-hampir ketawa :- heheh
20. Ketawa sambil batuk :- kui kui kui
21. Ketawa dalam mabuk :- hik hik hik
22. Ketawa ngada-ngada :- hek hek hek
23. Ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring :- wakakakkakaka
24. Ketawa sindir :- eh heh
25. Ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal) :- huargh huargh huargh!!
26. Ketawa sengih - ngee ngee ngee
27. Ketawa sambil lewa :- kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh
28. ketawa perli :- ahe ahe ahe ahe... .
0 orang comel

Sunday, January 11

SIJIL PALSU

This is about: Juz 4 share 1
NAK DAPAT SIJIL2 DARI UNIVERSITI KESUKAAN ANDA..?? WALAUPUN XDA HARAPAN MAU MASUK, TP DAPAT JUGAK BUAT SIJILNYAA MASUK LA WEBSITE NI SINI
0 orang comel

Breaking News

This is about: Juz 4 share 1
Nak buat Breaking News sendiri..?? Site ni susah sikit sbb dlm bahasa Perancis..juz klik di 'Remix cette image' tukar ayatnya pastu klik di 'Tester mon remix.' Try dlu baru cakap key.. Click HERE
0 orang comel

cerpen tyme..

This is about: Cerpen




0 orang comel

Napa laki benci wanita??

This is about: Juz 4 share 1
Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan 7 C yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.



1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh,kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lejaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya men-cabar dengan kata-kata seperti, "saya cabar awak ... .."



btullka kaum laki???
2 orang comel

5 Ayat Tackle Lapuk

This is about: Juz 4 share 1
Penyampai radio HOT fm, Kartini Kamalul Ariffin atau Tini bosan mendengar lima ayat mengurat ini:


1. Hai, boleh berkenalan?
Selalunya digunakan bila kita berjalan-jalan di pusat beli belah atau bertembung sekumpulan jejaka nakal. Kalau sudah berjumpa di tempat awam macam itu dan kita langsung tidak kenal dia, jangan haraplah hendak berkenalan. Lagipun, kita tahu mereka cuma main-main!

2. Larilah laju sikit!
Biasanya apabila kita sedang beriadah atau joging di taman, ayat inilah yang diajukan. Taktik yang sangat menjengkelkan - sudahlah suruh orang lari laju-laju, dia pula melepak tepi bangku sambil menghisap rokok. Tolonglah!

3. Hai, boleh tak I minta nombor you?
Sering berlaku di majlis keramaian dan kalau lelaki bertanyakan nombor telefon tidak sampai 10 minit selepas berkenalan, nampak sangat dia terdesak! Lebih elok jika dia beri calling card. Kalau hendak juga menghubungi kita, sebagai permulaan saya fikir e-mel paling sesuai.

4. Hai, kawan saya di sana itu kata awak cun!
Selalunya di parti atau majlis sosial. Kalau seseorang lelaki hantar kawan sebagai wakil, saya rasa kurang kagum. Kalau hendak, datanglah sendiri.

5. Pheeeewit... pheeewit! Hai kak ngah, kak long, Zizah, Yati!
Pelik lelaki yang suka bersiul di depan wanita, macamlah kita ini anak kucing. Ini contoh lelaki yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati wanita. Pangkah habis-habis!

4 orang comel

This Is Me

~Get to know her before making any judgement as sometimes she may proved you wrong~
~Never ever cross the line cuz once you do,she'll do you twice as bad~
~ to see my profile~

!!Elert!
((( orang skodeng )))


Buttonizer

Photobucket


twitter / farieyna

Photobucket



Best Site Ever

  • 4shared
  • Drama Cool
  • Extratorrent
  • Facebook
  • Instagram
  • Istimewa 2 u
  • Kiss Asian
  • Pencuri Movie
  • Twitter
  • Virtualfriend

Bloggers

  • Adrenalin
  • Aimi Syazwanie
  • Anazxoxo
  • Asleenda
  • Azmie
  • Bebet
  • Budi
  • Cik Peanut
  • Citermenarik
  • Eiyna
  • Erlyda
  • Eyda
  • Faza
  • Hanie Twisties
  • Hunny
  • Jiwa Kacau
  • Kathleen
  • Lala (cuzzie)
  • Lila (cuzzie)
  • maksujabbar
  • Mish Apple
  • Mitra
  • Mohd Ridzuan
  • Neyo
  • Nonong (cuzzie)
  • Norezschan
  • pink2cute
  • Rara (cuzzie)
  • rara public
  • Si Bulat
  • Yumizara

My Stories

  • ►  2018 (2)
    • ►  25/3 - 1/4 (1)
    • ►  11/2 - 18/2 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  19/11 - 26/11 (1)
    • ►  22/10 - 29/10 (2)
    • ►  28/5 - 4/6 (1)
    • ►  14/5 - 21/5 (1)
  • ►  2016 (32)
    • ►  18/12 - 25/12 (1)
    • ►  30/10 - 6/11 (1)
    • ►  25/9 - 2/10 (2)
    • ►  18/9 - 25/9 (1)
    • ►  28/8 - 4/9 (1)
    • ►  21/8 - 28/8 (1)
    • ►  14/8 - 21/8 (3)
    • ►  7/8 - 14/8 (2)
    • ►  24/7 - 31/7 (4)
    • ►  17/7 - 24/7 (2)
    • ►  10/7 - 17/7 (1)
    • ►  17/4 - 24/4 (1)
    • ►  10/4 - 17/4 (1)
    • ►  3/4 - 10/4 (3)
    • ►  20/3 - 27/3 (2)
    • ►  13/3 - 20/3 (5)
    • ►  3/1 - 10/1 (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  22/11 - 29/11 (2)
  • ►  2014 (3)
    • ►  13/7 - 20/7 (1)
    • ►  22/6 - 29/6 (1)
    • ►  1/6 - 8/6 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  21/7 - 28/7 (1)
    • ►  30/6 - 7/7 (1)
    • ►  20/1 - 27/1 (1)
  • ►  2012 (30)
    • ►  2/12 - 9/12 (1)
    • ►  4/11 - 11/11 (1)
    • ►  8/7 - 15/7 (1)
    • ►  1/7 - 8/7 (1)
    • ►  3/6 - 10/6 (1)
    • ►  27/5 - 3/6 (1)
    • ►  20/5 - 27/5 (5)
    • ►  6/5 - 13/5 (1)
    • ►  22/4 - 29/4 (5)
    • ►  15/4 - 22/4 (1)
    • ►  4/3 - 11/3 (1)
    • ►  26/2 - 4/3 (1)
    • ►  19/2 - 26/2 (4)
    • ►  12/2 - 19/2 (1)
    • ►  5/2 - 12/2 (2)
    • ►  15/1 - 22/1 (2)
    • ►  1/1 - 8/1 (1)
  • ►  2011 (150)
    • ►  18/12 - 25/12 (3)
    • ►  11/12 - 18/12 (1)
    • ►  4/12 - 11/12 (2)
    • ►  27/11 - 4/12 (1)
    • ►  20/11 - 27/11 (3)
    • ►  13/11 - 20/11 (3)
    • ►  6/11 - 13/11 (4)
    • ►  30/10 - 6/11 (7)
    • ►  23/10 - 30/10 (4)
    • ►  16/10 - 23/10 (6)
    • ►  9/10 - 16/10 (4)
    • ►  2/10 - 9/10 (8)
    • ►  25/9 - 2/10 (3)
    • ►  18/9 - 25/9 (4)
    • ►  11/9 - 18/9 (5)
    • ►  4/9 - 11/9 (3)
    • ►  28/8 - 4/9 (1)
    • ►  21/8 - 28/8 (1)
    • ►  14/8 - 21/8 (1)
    • ►  31/7 - 7/8 (3)
    • ►  24/7 - 31/7 (5)
    • ►  17/7 - 24/7 (4)
    • ►  10/7 - 17/7 (5)
    • ►  3/7 - 10/7 (5)
    • ►  26/6 - 3/7 (6)
    • ►  19/6 - 26/6 (5)
    • ►  12/6 - 19/6 (6)
    • ►  5/6 - 12/6 (11)
    • ►  29/5 - 5/6 (6)
    • ►  22/5 - 29/5 (6)
    • ►  15/5 - 22/5 (6)
    • ►  8/5 - 15/5 (1)
    • ►  1/5 - 8/5 (3)
    • ►  17/4 - 24/4 (1)
    • ►  10/4 - 17/4 (4)
    • ►  3/4 - 10/4 (1)
    • ►  20/3 - 27/3 (4)
    • ►  13/3 - 20/3 (4)
  • ►  2010 (18)
    • ►  19/9 - 26/9 (1)
    • ►  5/9 - 12/9 (1)
    • ►  6/6 - 13/6 (1)
    • ►  30/5 - 6/6 (1)
    • ►  23/5 - 30/5 (1)
    • ►  9/5 - 16/5 (1)
    • ►  2/5 - 9/5 (2)
    • ►  18/4 - 25/4 (1)
    • ►  11/4 - 18/4 (1)
    • ►  4/4 - 11/4 (1)
    • ►  7/3 - 14/3 (4)
    • ►  28/2 - 7/3 (1)
    • ►  14/2 - 21/2 (1)
    • ►  7/2 - 14/2 (1)
  • ▼  2009 (99)
    • ►  6/12 - 13/12 (1)
    • ►  22/11 - 29/11 (1)
    • ►  1/11 - 8/11 (1)
    • ►  25/10 - 1/11 (1)
    • ►  4/10 - 11/10 (1)
    • ►  27/9 - 4/10 (5)
    • ►  13/9 - 20/9 (1)
    • ►  6/9 - 13/9 (3)
    • ►  30/8 - 6/9 (3)
    • ►  23/8 - 30/8 (6)
    • ►  16/8 - 23/8 (2)
    • ►  9/8 - 16/8 (2)
    • ►  2/8 - 9/8 (7)
    • ►  26/7 - 2/8 (2)
    • ►  19/7 - 26/7 (1)
    • ►  5/7 - 12/7 (5)
    • ►  28/6 - 5/7 (6)
    • ►  21/6 - 28/6 (8)
    • ►  14/6 - 21/6 (6)
    • ►  24/5 - 31/5 (1)
    • ►  17/5 - 24/5 (1)
    • ►  10/5 - 17/5 (2)
    • ►  26/4 - 3/5 (2)
    • ►  19/4 - 26/4 (6)
    • ►  15/3 - 22/3 (1)
    • ►  8/3 - 15/3 (3)
    • ►  22/2 - 1/3 (6)
    • ►  15/2 - 22/2 (2)
    • ►  1/2 - 8/2 (3)
    • ►  25/1 - 1/2 (1)
    • ▼  11/1 - 18/1 (8)
      • Cara Minta Kawin Lagi..
      • Ciri Lelaki Intelek
      • Jenis2 ketawa?
      • SIJIL PALSU
      • Breaking News
      • cerpen tyme..
      • Napa laki benci wanita??
      • 5 Ayat Tackle Lapuk
    • ►  4/1 - 11/1 (1)
  • ►  2008 (62)
    • ►  28/12 - 4/1 (2)
    • ►  21/12 - 28/12 (5)
    • ►  14/12 - 21/12 (1)
    • ►  7/12 - 14/12 (7)
    • ►  23/11 - 30/11 (1)
    • ►  16/11 - 23/11 (9)
    • ►  9/11 - 16/11 (2)
    • ►  26/10 - 2/11 (2)
    • ►  19/10 - 26/10 (1)
    • ►  5/10 - 12/10 (1)
    • ►  7/9 - 14/9 (1)
    • ►  31/8 - 7/9 (2)
    • ►  17/8 - 24/8 (4)
    • ►  10/8 - 17/8 (1)
    • ►  20/7 - 27/7 (1)
    • ►  29/6 - 6/7 (2)
    • ►  22/6 - 29/6 (4)
    • ►  15/6 - 22/6 (3)
    • ►  8/6 - 15/6 (5)
    • ►  1/6 - 8/6 (1)
    • ►  25/5 - 1/6 (7)
 


Sharing Is Caring

My Ads and Banner


Photobucket
Photobucket




Copyright by Farieyna and copypaste from others