
Monday, February 16
love word

waHh.. mmg muda laa....

LONDON: Perdebatan baru tercetus mengenai kehamilan remaja di Britain selepas media melaporkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun menjadi bapa selepas kekasihnya yang berusia 15 tahun melahirkan anak, Jumaat lalu. Masih berwajah kebudak-budakan dan hanya 1.22 meter tinggi, Alfie, berusia 12 tahun apabila menjadikan Chantelle, hamil, lapor tabloid The Sun. Alfie juga ditunjukkan sedang mendukung bayi perempuan dalam video menerusi laman web akhbar tabloid itu.
Ditanya apa yang akan dilakukannya untuk menanggung bayi itu dari segi kewangan, Alfie, dengan suara yang halus dan nyaring bertanya balik, "Apa maksud anda, dari segi kewangan?" The Sun tidak menyatakan sama ada sebarang ujian dilakukan bagi memastikan bahawa budak itu adalah bapa kepada bayi yang baru dilahirkan. Akhbar berkenaan juga tidak mengulas apabila ditanya sama ada ia membayar keluarga terbabit untuk mendapatkan cerita itu. Gambar muka depan Alfie menimbulkan perdebatan baru mengenai kehamilan remaja di Britain. Negara berkenaan mempunyai antara kadar kehamilan remaja tertinggi di Eropah dan angka kerajaan menunjukkan kira-kira 39,000 budak perempuan bawah umur 18 tahun, mengandung pada 2006. Lebih 7,000 daripada budak perempuan itu adalah lebih muda daripada 16 tahun.
"Saya tidak tahu maklumat individu yang terbabit dalam kes berkenaan, tetapi sudah tentu saya fikir semua orang ingin mengelak kehamilan di kalangan remaja," kata Perdana Menteri, Gordon Brown Jumaat lalu. Britain mempunyai 27 kelahiran bagi setiap 1,000 wanita berumur 15-19 tahun antara 2000 dan 2005, menurut laporan yang diterbitkan oleh Population Action International. Angka perbandingan adalah 10 bagi setiap 1,000 di Sepanyol, lapan setiap 1,000 di Perancis dan lima setiap 1,000 di Belanda. Kadar kehamilan remaja di Britain, bagaimanapun, jauh lebih rendah berbanding Amerika Syarikat. � AP