Aku tidak mahu orang levelkan aku dengan orang yang tidak baik. Salahkah untuk aku menidakkan pandangan orang. Sebab pandangan orang diluar sana membuat aku rasa lebih kecil.
Ya, aku tidak perlukan rakan untuk aku berkongsi apapun masalahku. Biar aku sendiri saja yang selesaikan setiap masalahku.
Ya, aku tahu.. setiap apa yang berlaku terhadap diriku dahulu sangat banyak mempengaruhi sikap dan fikiranku sekarang. Aku tak tahu sampai bila aku harus begini. Bukan aku minta untuk aku jadi begini dan aku x perlukan bantuan sesiapa untuk aku hilangkan semua ini.
Masa laluku, biarkan menjadi masa lalu.. Aku tau, memang sukar untuk kuhapus masa lalu.. tapi tolong jangan perkecilkan aku atas kesalahan masa laluku.
Aku sentiasa mencuba untuk berdiri di atas kaki sendiri, tanpa mengharapkan sesiapa. Mungkin sukar, tapi selagi boleh bertahan, aku akan bertahan..
