Saya adalah Yisfarina binti Bahri, No Kad Pengenalan 841008-12-5534 yang beralamat di No 1359, Km 2 Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah ingin meminta pihak tuan/puan membuat siasatan terperinci berikutan kematian bapa saya, Bahri bin Yunus No Kad Pengenalan 570518-12-5933 pada 23 oktober 2015 jam 11.35 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau, Sabah.Bapa saya telah dimasukkan ke hospital pada 29 September 2015 dengan diagnosis line-related sepsis dan memerlukan rawatan antibiotik selama 2 minggu. Komplikasi berlaku atas kecuaian doktor yang melakukan prosedur pemasangan left IJC. Cubaan pemasangan left IJC yang berkali-kali sedangkan prosedur dijalankan dengan bantuan Ultrasound. Dipercayai doktor telah melakukan cucukan sebanyak 4 kali sehingga mengakibatkan pendarahan dalaman serta menyebabkan lehernya membengkak dan saluran pernafasan tersekat.Sepatutnya doktor berkenaan perlu lebih peka yang pesakit mempunyai risiko tinggi berikutan pengambilan ubat cair darah (double anti-platelet) yang sudah dilakukan beberapa hari sebelum prosedur dijalankan.Doktor bertugas sepatutnya meminta bantuan doktor yang lebih senior (pakar) jika beberapa kali telah gagal. Pemerhatian menunjukkan bahawa tiada pemantauan dilakukan selepas prosedur tamat. Leher sebelah kiri kelihatan bengkak sejurus sahaja pesakit keluar dari bilik prosedur dan didapati tiada satupun gouze diletakkan pada bekas cucukan yang bertujuan mengurangkan pendarahan. Ketika itu juga, tiada satupun kelibat doktor atau jururawat yang membuat pemantauan kepada pesakit setelah keluar dari bilik prosedur. Sepatutnya petugas hospital membuat pemantauan seperti memastikan bengkakan tidak bertambah. Selain daripada itu, petugas juga hendaklah memastikan tekanan darah, nadi dan kadar oksigen dalam badan pesakit memuaskan.Walaupun tiada pendarahan aktif kelihatan dari bekas cucukan tetapi bengkak semakin bertambah dan pesakit kelihatan tidak stabil serta menyatakan rasa sakit dan kencang pada leher kiri. Saya sangat yakin, jika tiada penjaga yang memberitahu doktor untuk memeriksa bengkak di leher kiri itu, pasti mereka cuma akan perasan bila mereka membuat rondaan pada waktu petang ; ataupun apabila bengkak menjadi semakin parah.Bagi saya, semua ini adalah kecuaian pihak hospital dalam melakukan prosedur dan pemantauan ke atas pesakit. Kecuaian ini telah membawa kepada komplikasi (yang kononnya jarang berlaku, tetapi berlaku juga) ; yang kemudiannya meragut nyawa pesakit.Jika mahu dinyatakan ketidakpuasan hati kami sekeluarga terhadap perkhidmatan Unit Medical ini sejak masuk ke hospital, memang banyak lagi tetapi kesalahan-kesalahan tertentu masih boleh dimaafkan.Sehubungan itu, saya bagi pihak keluarga merayu supaya siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan semua tindakan doktor dan petugas mengikut Standard Operating Procedure (SOP). Hakikatnya, kami berasa sedih dan kecewa dengan kematian bapa saya yang dipercayai tidak mendapat rawatan sebagaimana yang dikehendaki.Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah diharapkan untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku ke atas pesakit-pesakit lain yang menerima rawatan di Hospital Besar Tawau.Sekian, terima kasih.
surat yang ditujukan ke Ministry of health berkenaan bapaku. jalan cerita sebenarnya lagi panjang dari ini...
29 sept 15 : admit hospital selama 2 minggu untuk rawatan antibiotik disebabkan infection IJC.
kurang dari dua minggu : right IJC perlu di tukar ke left IJC utk masukkan darah (dialisis)
pagi prosedur left IJC : dua MO tersalah cucuk ( ndatau MO yang mana cucuk d arteri bapa) so, pendarahan dalaman sehingga bengkak seluruh leher bapa dan menyebabkan nafasnya tersekat dan memerlukan emergency operate. Masa di OT (Operation Theathe) doctor yang melakukan pembedahan beritau, peluang bapa hidup tersangat tipis. Kami berdoa dan berserah kepada ilahi mudah2an bapa selamat. Akhirnya bapa selesai pembedahan.
ICU 6. OCT.2015 : doctor beritau, jantung bapa terhenti selama 10minit masa dalam dewan bedah. Ya Allah, sungguh aku menangis masa tu, tuhan ja yang rasa, macamana rasa sakit hatiku masa tu. Aku sangat kesal dengan 2 MO yang melakukan prosedur left IJC tu. Keadaan bapa lepas keluar dr OT sangat menyedihkan, mata ditutup pakai eyepad. leher bengkak berbalut, wayar2 sangat banyak. Ya Allah, aku sangat sedih melihat keadaan bapa. Selang berapa hari,, setelah bapa sedar dan mula stabil, bapa dipindahkan ke CCU pulak sementara menunggu bilik 1st class di medical ward.
1st class ward : bapa sudah boleh bercakap, boleh berketawa dengan kami, boleh makan biarpun sikit. Kami gembira masa tu, sangat gembira.. Cuma bapa blm bisa bangun dan bjalan sendri, so anak2 lelaki bapa yang bantu angkat, kasi pindah ke kerusi. c Anas pulak, tugasnya kasi lap2 bapa, kasi cuci rambut bapa. Dalam berapa aribapa di ward, ramai yang datang melawat. Ada sekali tu, aunty anim bawakkan ubi rebus dgn ikan masin.. seleranya bapa makan...
'
Dialisis : berapa kali bapa dialisis, mesti bapa sakit lepas tu, doctor cakap sebab jantung bapa sudah ada masalah. Ada doctor datang bagitau, lepas sihat dan keluar, kami boleh ke kk buat rawatan jantung bapa.n skali buat dialisis dari perut ja. Pernah dialisis dak sampai 4jam (2jam ja) bapa tiba2 sakit,masa tu aku yang jaga, punya kelam kabut aku panggil doctor dan bawak naik atas balik. bapa di kasi pindah di bahagian depan berdekatan kaunter untuk penjagaan lagi rapi.
HDU : unit dialisis di bahagian atas, sebab dibawah susah. Tiada doctor yang pantau jika HD di bawah.So tanggal 21.oct 2015 malam, bapa tukar darah dan bjalan lancar.
ICU 22 Oct 2015 : Selepas seminggu keluar dari icu pertama, pukul 10.00 pagi bapa dimasukkan ke icu kedua. Malam sebelumnya tukar darah di HDU. Di masukkan ke ICU buat kali kedua kerana jangkitan kuman di paru paru dan badan bapa kian membengkak kerana kekurangan membuang air kencing. Selain itu, bapa mengalami tekanan darah rendah dan kekurangan oksigen disebabkan jankitan itu, Pelbagai antibiotik diberikan (4 jenis antibiotik) dan tiada kesan.
ICU 23 Oct 2015 : Subuh jam 1.45am nurse bangunkan adikku, dan memberitahu yang bapa dalam keadaan kritikal dan tenat. Adikku terus bangunkan aku, boboy dan aunty beritahu hal tu. Ya Allah, hatiku tidak tenang masa tu. doctor siap bagitau, ari ni hari jumaat..bagus baca yasin dekat bapa. Manatau dia kuat semangat. Doctor juga beritahu, antibiotik last yang digunakan adalah antibiotik yang paling kuat dan itu saja yg hospital tawau ni ada dan keadaan bapa tetap tidak baik dan makin lama tekanan darah makin menurun dan jantung bapa boleh terhenti.
Pagi tanggal 23.oct, semua keluarga sudah berkumpul bacakan yasin untuk bapa, kami anak beranak bertukar ganti bacakan LA ILLA HA ILLALLAH di telinga bapa, dengan harapan baca bisa mendengar dan melafazkannya didalam hati. Dalam pukul 10am, hujan turun renyai seperti tau,ada hamba Allah yang akan pergi. C anas, C boboy cakap di telinga bapa, tunggu c oyen sekejap dia sampai. (dari epot kl-twu) Tepat jam 11.35pm, lepas si oyen datang dan peluk cium bapa.. bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku nampak dengan mata ku sendiri. oksigen dan jantung bapa makin turun langsung terhenti. Ya Allah, dugaan paling besar setakat ini. Semoga Arwah bapa ku tenang di sana. Sungguh aku rindukan bapa...
p/s : hari jumaat jam 8.30am, aku kena panggil kehospital siasatan pasal aduanku ke kkm. Wish aku dapat handle semuanya. Semuanya demi arwah bapa.

0 orang comel:
Post a Comment