-->
skip to main | skip to sidebar
!~Extraordinary Girl~!
Setiap tulisan, ayat, abjad yang diguna untuk menghasilkan apa-apa entry yang terdapat di blog ini adalah hak milik persendirian. Sebarang Pencetakan, Peng'copy-paste', Peng'print screen hasil daripada idea sendiri adalah salah melainkan info², dan benda² yang bersangkut - paut dengan dunia luar dan bukan tulisan empunya blog ini. Pendapat penulis tidak semestinya kekal.Sila beri kerjasama ... Sekian, terima kasih...***

Wednesday, November 25

CERITA SEDIH OCTOBER 2015

This is about: Bapa, bicaraku.., Hospitaltawau, kkm


Saya adalah Yisfarina binti Bahri, No Kad Pengenalan 841008-12-5534 yang beralamat di No 1359, Km 2 Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah ingin meminta pihak tuan/puan membuat siasatan terperinci berikutan kematian bapa saya, Bahri bin Yunus No Kad Pengenalan 570518-12-5933 pada 23 oktober 2015 jam 11.35 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau, Sabah.Bapa saya telah dimasukkan ke hospital pada 29 September 2015 dengan diagnosis line-related sepsis dan memerlukan rawatan antibiotik selama 2 minggu. Komplikasi berlaku atas kecuaian doktor yang melakukan prosedur pemasangan left IJC. Cubaan pemasangan left IJC yang berkali-kali sedangkan prosedur dijalankan dengan bantuan Ultrasound. Dipercayai doktor telah melakukan cucukan sebanyak 4 kali sehingga mengakibatkan pendarahan dalaman serta menyebabkan lehernya membengkak dan saluran pernafasan tersekat.Sepatutnya doktor berkenaan perlu lebih peka yang pesakit mempunyai risiko tinggi berikutan pengambilan ubat cair darah (double anti-platelet) yang sudah dilakukan beberapa hari sebelum prosedur dijalankan.Doktor bertugas sepatutnya meminta bantuan doktor yang lebih senior (pakar) jika beberapa kali telah gagal. Pemerhatian menunjukkan bahawa tiada pemantauan dilakukan selepas prosedur tamat. Leher sebelah kiri kelihatan bengkak sejurus sahaja pesakit keluar dari bilik prosedur dan didapati tiada satupun gouze diletakkan pada bekas cucukan yang bertujuan mengurangkan pendarahan. Ketika itu juga, tiada satupun kelibat doktor atau jururawat yang membuat pemantauan kepada pesakit setelah keluar dari bilik prosedur. Sepatutnya petugas hospital membuat pemantauan seperti memastikan bengkakan tidak bertambah. Selain daripada itu, petugas juga hendaklah memastikan tekanan darah, nadi dan kadar oksigen dalam badan pesakit memuaskan.Walaupun tiada pendarahan aktif kelihatan dari bekas cucukan tetapi bengkak semakin bertambah dan pesakit kelihatan tidak stabil serta menyatakan rasa sakit dan kencang pada leher kiri. Saya sangat yakin, jika tiada penjaga yang memberitahu doktor untuk memeriksa bengkak di leher kiri itu, pasti mereka cuma akan perasan bila mereka membuat rondaan pada waktu petang ; ataupun apabila bengkak menjadi semakin parah.Bagi saya, semua ini adalah kecuaian pihak hospital dalam melakukan prosedur dan pemantauan ke atas pesakit. Kecuaian ini telah membawa kepada komplikasi (yang kononnya jarang berlaku, tetapi berlaku juga) ; yang kemudiannya meragut nyawa pesakit.Jika mahu dinyatakan ketidakpuasan hati kami sekeluarga terhadap perkhidmatan Unit Medical ini sejak masuk ke hospital, memang banyak lagi tetapi kesalahan-kesalahan tertentu masih boleh dimaafkan.Sehubungan itu, saya bagi pihak keluarga merayu supaya siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan semua tindakan doktor dan petugas mengikut Standard Operating Procedure (SOP). Hakikatnya, kami berasa sedih dan kecewa dengan kematian bapa saya yang dipercayai tidak mendapat rawatan sebagaimana yang dikehendaki.Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah diharapkan untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku ke atas pesakit-pesakit lain yang menerima rawatan di Hospital Besar Tawau.Sekian, terima kasih.


surat yang ditujukan ke Ministry of health berkenaan bapaku. jalan cerita sebenarnya lagi panjang dari ini...

29 sept 15 : admit hospital selama 2 minggu untuk rawatan  antibiotik disebabkan infection IJC. 

kurang dari dua minggu : right IJC perlu di tukar ke left IJC utk masukkan darah (dialisis)

pagi prosedur left IJC : dua MO tersalah cucuk ( ndatau MO yang mana cucuk d arteri bapa) so, pendarahan dalaman sehingga bengkak seluruh leher bapa dan menyebabkan nafasnya tersekat dan memerlukan emergency operate. Masa di OT (Operation Theathe) doctor yang melakukan pembedahan beritau, peluang bapa hidup tersangat tipis. Kami berdoa dan berserah kepada ilahi mudah2an bapa selamat. Akhirnya bapa selesai pembedahan.

ICU 6. OCT.2015  : doctor beritau, jantung bapa terhenti selama 10minit masa dalam dewan bedah. Ya Allah, sungguh aku menangis masa tu, tuhan ja yang rasa, macamana rasa sakit hatiku masa tu. Aku sangat kesal dengan 2 MO yang melakukan prosedur left IJC tu. Keadaan bapa lepas keluar dr OT sangat menyedihkan, mata ditutup pakai eyepad. leher bengkak berbalut, wayar2 sangat banyak. Ya Allah, aku sangat sedih melihat keadaan bapa. Selang berapa hari,, setelah bapa sedar dan mula stabil, bapa dipindahkan ke CCU pulak sementara menunggu bilik 1st class di medical ward.

1st class ward : bapa sudah boleh bercakap, boleh berketawa dengan kami, boleh makan biarpun sikit. Kami gembira masa tu, sangat gembira.. Cuma bapa blm bisa bangun dan bjalan sendri, so anak2 lelaki bapa yang bantu angkat, kasi pindah ke kerusi. c Anas pulak, tugasnya kasi lap2 bapa, kasi cuci rambut bapa. Dalam berapa aribapa di ward, ramai yang datang melawat. Ada sekali tu, aunty anim bawakkan ubi rebus dgn ikan masin.. seleranya bapa makan... 
'
Dialisis : berapa kali bapa dialisis, mesti bapa sakit lepas tu, doctor cakap sebab jantung bapa sudah ada masalah. Ada doctor datang bagitau, lepas sihat dan keluar, kami boleh ke kk buat rawatan jantung bapa.n skali buat dialisis dari perut ja. Pernah dialisis dak sampai 4jam (2jam ja) bapa tiba2 sakit,masa tu aku yang jaga, punya kelam kabut aku panggil doctor dan bawak naik atas balik. bapa di kasi pindah di bahagian depan berdekatan kaunter untuk penjagaan lagi rapi.

HDU : unit dialisis di bahagian atas, sebab dibawah susah. Tiada doctor yang pantau jika HD di bawah.So tanggal 21.oct 2015 malam, bapa tukar darah dan bjalan lancar.

ICU 22 Oct 2015 : Selepas seminggu keluar dari icu pertama, pukul 10.00 pagi bapa dimasukkan ke icu kedua. Malam sebelumnya tukar darah di HDU. Di masukkan ke ICU buat kali kedua kerana jangkitan kuman di paru paru dan badan bapa kian membengkak kerana kekurangan membuang air kencing. Selain itu, bapa mengalami tekanan darah rendah dan kekurangan oksigen disebabkan jankitan itu, Pelbagai antibiotik diberikan (4 jenis antibiotik) dan tiada kesan.

ICU 23 Oct 2015 : Subuh jam 1.45am nurse  bangunkan adikku, dan memberitahu yang bapa dalam keadaan kritikal dan tenat. Adikku terus bangunkan aku, boboy dan aunty beritahu hal tu. Ya Allah, hatiku tidak tenang masa tu. doctor siap bagitau, ari ni hari jumaat..bagus baca yasin dekat bapa. Manatau dia kuat semangat. Doctor juga beritahu, antibiotik last yang digunakan adalah antibiotik yang paling kuat dan itu saja yg hospital tawau ni ada dan keadaan bapa tetap tidak baik dan makin lama tekanan darah makin menurun dan jantung bapa boleh terhenti. 

Pagi tanggal 23.oct, semua keluarga sudah berkumpul bacakan yasin untuk bapa, kami anak beranak bertukar ganti bacakan LA ILLA HA ILLALLAH di telinga bapa, dengan harapan baca bisa mendengar dan melafazkannya didalam hati. Dalam pukul 10am, hujan turun renyai seperti tau,ada hamba Allah yang akan pergi. C anas, C boboy cakap di telinga bapa, tunggu c oyen sekejap dia sampai. (dari epot kl-twu) Tepat jam 11.35pm, lepas si oyen datang dan peluk cium bapa.. bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku nampak dengan mata ku sendiri. oksigen dan jantung bapa makin turun langsung terhenti. Ya Allah, dugaan paling besar setakat ini. Semoga Arwah bapa ku tenang di sana. Sungguh aku rindukan bapa...

p/s : hari jumaat jam 8.30am, aku kena panggil kehospital siasatan pasal aduanku ke kkm. Wish aku dapat handle semuanya. Semuanya demi arwah bapa.












0 orang comel

2015 (Cerita Arwah Bapa)

This is about: Bapa, bicaraku.., Hospitaltawau, Me N Family, Sadstory


setelah sekian lama tidak mengadap blogku, bukan sebab xda masa, tapi da takda hati nak share apa2 di blog ni. Tetapi hari ini, aku ingin bercrita kisah aku yg sudah lama tertinggal.

23.10.2015 : tarikh ni amat menyedihkan dalam sejarah hidupku. pertama yg tersedih (yg kedua,kisah perceraianku) taggal 23.10.2015 bersamaan 10 muharram 1437 jam 11.35am dan jatuhnya pada hari jumaat, bapaku Bahri bin Yunus telah pergi menghadap sang pencipta. pergi meninggalkan kami semua.
Semua silap doctor  di unit medical di hospital tawau, Sungguh duniaku kelam selepas bapaku pergi. sehingga saat ini, aku masih bersedih mengingatkan kjadian itu. Aku terlalu sayangkan bapaku, ya!!! aku tau, mesti org nak cakap, xda anak yang tidak sayangkan bapanya. Demi Allah, selama aku di muka bumi ni, bapaku la yg besarkan aku n adik2ku yang lain. mamaku ikut suaminya bersama 3 anaknya.. Bukan mau bilang aku tidak sayangkan mamaku, dua-dua aku sayang. aku yang berkejar ke hospital selama setahun ini, kerana bapa tidak sihat sejak awal tahun ni. Aku ja anaknya yg tidak bekerja, yang hanya menyusahkan dia. cara ku balas jasanya adalah dengan membawa dia kesana kemari.. Ya Allah, sungguh aku rindukan bapaku.




Hari ni, genap seminggu sehari bapa pergi menghadap ilahi, semoga roh bapa di cucuri rahmat. satu hari kita akan berkumpul lagi ya pa.. Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku buat bapaku,. Al Fatihah.

25.11.2015 : KISAH LELAKI DI LAST ENTRY TEMPOH HARI.
lelaki tu sudah kawin dengan perempuan lain, becoz aku belum sedia mau kawin. dia ada ajak kawin, tapi aku tolak. aku bukan memilih. tapi aku masih mau jaga bapaku lagi masa tu. and now, aku tetap belum sedia mau kawin dengan mana2 lelaki. ntah kenapa.... hatiku sudah mati untuk insan bergelar lelaki.. kalau lelaki korea ajak kawin, baru aku mau.. hihiihi.... tipuu!!

ok, Assalamualaikum.



0 orang comel

This Is Me

~Get to know her before making any judgement as sometimes she may proved you wrong~
~Never ever cross the line cuz once you do,she'll do you twice as bad~
~ to see my profile~

!!Elert!
((( orang skodeng )))


Buttonizer

Photobucket


twitter / farieyna

Photobucket



Best Site Ever

  • 4shared
  • Drama Cool
  • Extratorrent
  • Facebook
  • Instagram
  • Istimewa 2 u
  • Kiss Asian
  • Pencuri Movie
  • Twitter
  • Virtualfriend

Bloggers

  • Adrenalin
  • Aimi Syazwanie
  • Anazxoxo
  • Asleenda
  • Azmie
  • Bebet
  • Budi
  • Cik Peanut
  • Citermenarik
  • Eiyna
  • Erlyda
  • Eyda
  • Faza
  • Hanie Twisties
  • Hunny
  • Jiwa Kacau
  • Kathleen
  • Lala (cuzzie)
  • Lila (cuzzie)
  • maksujabbar
  • Mish Apple
  • Mitra
  • Mohd Ridzuan
  • Neyo
  • Nonong (cuzzie)
  • Norezschan
  • pink2cute
  • Rara (cuzzie)
  • rara public
  • Si Bulat
  • Yumizara

My Stories

  • ►  2018 (2)
    • ►  25/3 - 1/4 (1)
    • ►  11/2 - 18/2 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  19/11 - 26/11 (1)
    • ►  22/10 - 29/10 (2)
    • ►  28/5 - 4/6 (1)
    • ►  14/5 - 21/5 (1)
  • ►  2016 (32)
    • ►  18/12 - 25/12 (1)
    • ►  30/10 - 6/11 (1)
    • ►  25/9 - 2/10 (2)
    • ►  18/9 - 25/9 (1)
    • ►  28/8 - 4/9 (1)
    • ►  21/8 - 28/8 (1)
    • ►  14/8 - 21/8 (3)
    • ►  7/8 - 14/8 (2)
    • ►  24/7 - 31/7 (4)
    • ►  17/7 - 24/7 (2)
    • ►  10/7 - 17/7 (1)
    • ►  17/4 - 24/4 (1)
    • ►  10/4 - 17/4 (1)
    • ►  3/4 - 10/4 (3)
    • ►  20/3 - 27/3 (2)
    • ►  13/3 - 20/3 (5)
    • ►  3/1 - 10/1 (1)
  • ▼  2015 (2)
    • ▼  22/11 - 29/11 (2)
      • CERITA SEDIH OCTOBER 2015
      • 2015 (Cerita Arwah Bapa)
  • ►  2014 (3)
    • ►  13/7 - 20/7 (1)
    • ►  22/6 - 29/6 (1)
    • ►  1/6 - 8/6 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  21/7 - 28/7 (1)
    • ►  30/6 - 7/7 (1)
    • ►  20/1 - 27/1 (1)
  • ►  2012 (30)
    • ►  2/12 - 9/12 (1)
    • ►  4/11 - 11/11 (1)
    • ►  8/7 - 15/7 (1)
    • ►  1/7 - 8/7 (1)
    • ►  3/6 - 10/6 (1)
    • ►  27/5 - 3/6 (1)
    • ►  20/5 - 27/5 (5)
    • ►  6/5 - 13/5 (1)
    • ►  22/4 - 29/4 (5)
    • ►  15/4 - 22/4 (1)
    • ►  4/3 - 11/3 (1)
    • ►  26/2 - 4/3 (1)
    • ►  19/2 - 26/2 (4)
    • ►  12/2 - 19/2 (1)
    • ►  5/2 - 12/2 (2)
    • ►  15/1 - 22/1 (2)
    • ►  1/1 - 8/1 (1)
  • ►  2011 (150)
    • ►  18/12 - 25/12 (3)
    • ►  11/12 - 18/12 (1)
    • ►  4/12 - 11/12 (2)
    • ►  27/11 - 4/12 (1)
    • ►  20/11 - 27/11 (3)
    • ►  13/11 - 20/11 (3)
    • ►  6/11 - 13/11 (4)
    • ►  30/10 - 6/11 (7)
    • ►  23/10 - 30/10 (4)
    • ►  16/10 - 23/10 (6)
    • ►  9/10 - 16/10 (4)
    • ►  2/10 - 9/10 (8)
    • ►  25/9 - 2/10 (3)
    • ►  18/9 - 25/9 (4)
    • ►  11/9 - 18/9 (5)
    • ►  4/9 - 11/9 (3)
    • ►  28/8 - 4/9 (1)
    • ►  21/8 - 28/8 (1)
    • ►  14/8 - 21/8 (1)
    • ►  31/7 - 7/8 (3)
    • ►  24/7 - 31/7 (5)
    • ►  17/7 - 24/7 (4)
    • ►  10/7 - 17/7 (5)
    • ►  3/7 - 10/7 (5)
    • ►  26/6 - 3/7 (6)
    • ►  19/6 - 26/6 (5)
    • ►  12/6 - 19/6 (6)
    • ►  5/6 - 12/6 (11)
    • ►  29/5 - 5/6 (6)
    • ►  22/5 - 29/5 (6)
    • ►  15/5 - 22/5 (6)
    • ►  8/5 - 15/5 (1)
    • ►  1/5 - 8/5 (3)
    • ►  17/4 - 24/4 (1)
    • ►  10/4 - 17/4 (4)
    • ►  3/4 - 10/4 (1)
    • ►  20/3 - 27/3 (4)
    • ►  13/3 - 20/3 (4)
  • ►  2010 (18)
    • ►  19/9 - 26/9 (1)
    • ►  5/9 - 12/9 (1)
    • ►  6/6 - 13/6 (1)
    • ►  30/5 - 6/6 (1)
    • ►  23/5 - 30/5 (1)
    • ►  9/5 - 16/5 (1)
    • ►  2/5 - 9/5 (2)
    • ►  18/4 - 25/4 (1)
    • ►  11/4 - 18/4 (1)
    • ►  4/4 - 11/4 (1)
    • ►  7/3 - 14/3 (4)
    • ►  28/2 - 7/3 (1)
    • ►  14/2 - 21/2 (1)
    • ►  7/2 - 14/2 (1)
  • ►  2009 (99)
    • ►  6/12 - 13/12 (1)
    • ►  22/11 - 29/11 (1)
    • ►  1/11 - 8/11 (1)
    • ►  25/10 - 1/11 (1)
    • ►  4/10 - 11/10 (1)
    • ►  27/9 - 4/10 (5)
    • ►  13/9 - 20/9 (1)
    • ►  6/9 - 13/9 (3)
    • ►  30/8 - 6/9 (3)
    • ►  23/8 - 30/8 (6)
    • ►  16/8 - 23/8 (2)
    • ►  9/8 - 16/8 (2)
    • ►  2/8 - 9/8 (7)
    • ►  26/7 - 2/8 (2)
    • ►  19/7 - 26/7 (1)
    • ►  5/7 - 12/7 (5)
    • ►  28/6 - 5/7 (6)
    • ►  21/6 - 28/6 (8)
    • ►  14/6 - 21/6 (6)
    • ►  24/5 - 31/5 (1)
    • ►  17/5 - 24/5 (1)
    • ►  10/5 - 17/5 (2)
    • ►  26/4 - 3/5 (2)
    • ►  19/4 - 26/4 (6)
    • ►  15/3 - 22/3 (1)
    • ►  8/3 - 15/3 (3)
    • ►  22/2 - 1/3 (6)
    • ►  15/2 - 22/2 (2)
    • ►  1/2 - 8/2 (3)
    • ►  25/1 - 1/2 (1)
    • ►  11/1 - 18/1 (8)
    • ►  4/1 - 11/1 (1)
  • ►  2008 (62)
    • ►  28/12 - 4/1 (2)
    • ►  21/12 - 28/12 (5)
    • ►  14/12 - 21/12 (1)
    • ►  7/12 - 14/12 (7)
    • ►  23/11 - 30/11 (1)
    • ►  16/11 - 23/11 (9)
    • ►  9/11 - 16/11 (2)
    • ►  26/10 - 2/11 (2)
    • ►  19/10 - 26/10 (1)
    • ►  5/10 - 12/10 (1)
    • ►  7/9 - 14/9 (1)
    • ►  31/8 - 7/9 (2)
    • ►  17/8 - 24/8 (4)
    • ►  10/8 - 17/8 (1)
    • ►  20/7 - 27/7 (1)
    • ►  29/6 - 6/7 (2)
    • ►  22/6 - 29/6 (4)
    • ►  15/6 - 22/6 (3)
    • ►  8/6 - 15/6 (5)
    • ►  1/6 - 8/6 (1)
    • ►  25/5 - 1/6 (7)
 


Sharing Is Caring

My Ads and Banner


Photobucket
Photobucket




Copyright by Farieyna and copypaste from others