
Tajuk en3 ku kali ni mengkali korang kurang paham kan... ni satu dialog crita melayu baru tajuknya "Bini-biniku Gangster" yg akan berada di pawagam pada 22 September ni.. ni review film melayu ke2 selain Kl Gangster.. dat means ini antara film2 melayu yg aku suka n minat..
Kalau korang perasan, film ni sama cam film "my wife is a gangster" cuma d ubah sedikit.. klu korang ragu2, cak la download film "my wife is a gangster" tuh..

Sinopsis Bini-biniku Gangster
Manja dan Herry adalah sepasang suami yang sangat romantik dan saling menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster.
Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang.
Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry daripada tahu aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam. Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan baru suaminya, namun jauh disudut hatinya ada perasaan cemburu melihat kemesraan pasangan itu. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba-tiba Herry menghilangkan diri. Kedua-dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat. Manja segera ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik oleh kumpulan Min Siam.
p/s : klu aku, terpaksa main donlod jak la. mana ada main wayang melayu di panggung Tawau ni..

3 orang comel:
terima kasih sebab review,,,mana lah tau lepasni rating citer ni naik ke sebab awak review,,,macam rating kl gangster heheh
ini kira cerita menarik la ni ye...??
ok..nnt sy try tengok ye...tp kt astro first la..
yen : ada pulakk.. review sebab mcm best ja crita ni...
qaseh : iya.. samala, nnt tgk d astro first ja,, klu d pawagam, konfom x main...
Post a Comment