Setiap tulisan, ayat, abjad yang diguna untuk menghasilkan apa-apa entry yang terdapat di blog ini adalah hak milik persendirian. Sebarang Pencetakan, Peng'copy-paste', Peng'print screen hasil daripada idea sendiri adalah salah melainkan info², dan benda² yang bersangkut - paut dengan dunia luar dan bukan tulisan empunya blog ini. Pendapat penulis tidak semestinya kekal.Sila beri kerjasama ... Sekian, terima kasih...***

Saturday, January 17

Ciri Lelaki Intelek

Ciri-ciri lelaki bijak tafsiran model dan pengacara, Belinda Chee.


Yakin.

Lelaki bijak petah berbicara apa saja. Lelaki berkeyakinan seperti ini tahu mereka mampu bercakap mengenai pelbagai topik. Namun, kadangkala lelaki sebegini dianggap berlagak atau suka cakap besar. Lelaki bijak selalunya mengagumkan ramai orang tanpa perlu bercakap besar.


Pandai berkomunikasi serta berkebolehan mengajar.

Disebabkan lelaki bijak berpengetahuan luas, mereka lazimnya yakin dengan diri sendiri. Mereka tahu apa yang mereka tuturkan dan dengan itu, mampu berkomunikasi dan mengajar orang lain dengan baik.


Optimistik.

Lelaki bijak tahu kepintaran mereka dapat mengelak diri daripada menanggung kesusahan. Kebanyakan lelaki intelek bersikap positif dalam hidup mereka.


Segak.

Lelaki bijak pandai bergaya. Saya selalu membayangkan lelaki bijak memakai pakaian kemas, kaca mata bergaya serta kasut yang mengikut fesyen terkini. Ia mungkin kedengaran stereotaip tapi bila anda berpakaian kemas, persepsi orang akan menjadi lebih baik.


Semestinya pandai berjenaka.

Kebijaksanaan lelaki menjadikan mereka spontan bila berjenaka.

2 orang comel:

Om Yus said...

hehehehehe... nice one. seronok baca. hmmm... u r an intelek type ni kan. camna kalau yg satu dpd 4 kuota pun belum isi tapi suda kira lambat? camna cara buat permohonan?

Farieyna Bahri said...

u baca artikal mna satu nie???

 
Copyright by Farieyna and copypaste from others