-->
skip to main | skip to sidebar
!~Extraordinary Girl~!
Setiap tulisan, ayat, abjad yang diguna untuk menghasilkan apa-apa entry yang terdapat di blog ini adalah hak milik persendirian. Sebarang Pencetakan, Peng'copy-paste', Peng'print screen hasil daripada idea sendiri adalah salah melainkan info², dan benda² yang bersangkut - paut dengan dunia luar dan bukan tulisan empunya blog ini. Pendapat penulis tidak semestinya kekal.Sila beri kerjasama ... Sekian, terima kasih...***

Thursday, September 23

Org Yang Pertama

This is about: Juz 4 share 3
Orang yang pertama


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW



Aku yg cumil,
farieyna
2 orang comel

Monday, September 6

Hari Rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........

This is about: Kad Raya
Hi.. Lama tak blogging... tup tup, da dekat ari raya... tp masi blm tlambat if i nak wish slamat berpuasa...
Aktiviti bulan Ramadhan ni... pegi keja balik keja, p bazaar, p shopping... tu jak laaa.. u all camna?
Rindu nya dgn dunia blogger nihh.. cuma xda idea nak ckp apa... xkan la nak melalut kaannn...??
Nway... slamat raya bwt rakan2 blogger, follower2 n yg lalu2 d page ni...
Nah.. ambik la kad raya dr sy.. kad raya dulu2 tp d ubah ckit2...n tmbah nama hubby tcintaa..heheheh..luv ya.. n see u n in my nex post... mwaaahhh
Aku yg cumil,
farieyna
2 orang comel

Wednesday, June 9

Sayangillah Ibu Anda Selagi Masih Ada...

This is about: Sharing is caring

Cerita yang sgt sedih...utk tatapan sem,ua kwn2..bacalaaa.. mmg meleleh airmata....


Kalau nak kira mak aku la harta yng paling mahal, palig berharga, tak de nilai yg boleh disamakan dengannya. aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami... abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang sket ngan abah. apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. mintak duit belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak. ngan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani. abah pepagi lepas hantar kitorang p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. abah akan rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah. macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak ngan kuih tepung bungkus.


pkul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasik . pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih tepung bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. aku dpat duk ngan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh. tapi tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama. petang jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik . mak setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang tu mak masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik . duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci pokok. gaji rm400. tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak beli barang. benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin. dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu rm75 satu set.


balik rumah petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak". aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. tengah makan mak cakap "haa... . makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan dan aku p ambik baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia dah baca tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang, tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna. perbelanjaan aku masuk itm masa tu abg sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik lalaki. abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan. adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. abah dah tak macam dulu. sesekali aku balik abah, aku tengok abah yang mengasuh adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu. setahun lepas adik lahir mak sakit. tapi tak de la teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik semple darah. lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah dapat keputusan.

ya Allah, mak disahkan kena barah payu dara. doktor kata, untuk selamat mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. bermula dari hari tu kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.


mak tetiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu je. mie... . kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari, nanti orang datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan. sampai masa mak terpaksa operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. balik kampung kena jaga adik. lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah beransur baik. abah bawak balik. mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah bawak p hospital jengka.

bermula hari tu... keadaan mak makin hari , makin teruk.seminggu mak kat spital. kemudian doktor bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah, mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik umah. masuk makanan mak muntah.


doktor kata penyakit mak dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. sebab tu mak tak boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja. sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi masa tu mak boleh bercakap. satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami berbual macam biasa. macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi. walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat. doktr ada terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah. doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. seksanya mak. tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. semakin hari keadaan mak semakin teruk ... . aku ambik keputusan untuk cuti satu sem. abg di jepun pun balik.


hati mak dah mula membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat dan boleh nampak urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu buang. masa tu jugak merambu air mata aku. walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana . semua misi, doktor dah kenal.


selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan org tunggu 24 jam,sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada. akhirnya mak kami bawak balik ke umah. sebab mak kate dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia suami dia. mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah tak de harapan. bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih kelabu. dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia sebut kami cari. kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia. mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar.lebih kurang seminggu mak kat rumah.

mak nazak. hari tu pagi sabtu. nafas mak tersekat-sekat. .. masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut dia baru dengar. tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat. kami sekeluarga berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan, agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama. kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. kami adik-beradik dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum" banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak... . kami cium tapak kaki mak. air mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi mak cium adik. sayunya aku tengok. air mata mak mengalir bila tengok adik. kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. tak dapat merase kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu pada abah. air mata abah mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. abah kucup dahi mak. kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. taknak seksa mak. tak lama mak sesak nafas. abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar seksanya menuju kematian,



Innalillahiwainnahi ro-jiun.. ... ibu tercinta pergi buat selamanya... ... ...


Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini... .. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya. INGAT... . IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU.

KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG... . AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK AMPUN. JANGAN TUNGGU HARI RAYA JE... TAKUT TAK SEMPAT.

AKU... HANYA MAMPU MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL. bila makan kuih tepung bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik


Renung2kan.. Selamat Beramal..



Aku yg cumil,
farieyna
3 orang comel

Tuesday, June 1

Dear GOD..

Aku yg cumil,
farieyna
0 orang comel

Tuesday, May 25

Kehebatan Cinta.. SO SAD..

This is about: Juz 4 share
Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?
cinta Feb
Bu, adik Cuma ingin bertanya?
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta ?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
Renung renung kanlah !!!
-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Makingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untukMak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya........
-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Aku yg cumil,
farieyna
2 orang comel

Tuesday, May 11

Pemuda Terhebat dalam Sejarah Internet Abad 19 dan 20

This is about: info

Larry Page dan Sergey Brin

Siapa yang tidak kenal dengan dua pemuda hebat dengan enjin pencarian paling handal dan paling banyak digunakan di seluruh dunia. Mereka membuat enjin pencarian (search engine) yang dinamakan Google pada tahun 1998 ketika mereka baru berusia 24 tahun. Tujuan utama mereka mewujudkan google hanya sebagai bahan untuk meluangkan masa bersama hobi coding mereka. Tetapi sangat diluar dugaan apabila Google menjadi mesin pencarian nombor satu yang bersaing hebat dengan Yahoo. Siapa yang tak kenal dengan www.google.com? Pasti ramai yang memilihnya untuk dijadikan browser’shomepage.




Jerry Yang dan David Filo


Dua pemuda ini mencipta mesin pencari yang menjadi saingan paling hampir Google, iaitu Yahoo! Mereka membangunkan Yahoo! sebagai hirarki web direktori yang kemudian pengunjung diluar dugaan mereka. Tahun 1995 kedua orang ini membangunkan Yahoo! yang pada saat itu Jerry berusia 26 tahun dan David Filo 28 tahun. Kedua-dua pemuda sukses ini mungkin sering muncul di majalah setelah Microsoft memberikan tawaran bernilai US$44.6 million untuk mengambil alih Yahoo Inc.




Joe Hewitt dan Blake Ross


Anda seorang pengguna browser Mozilla Firefox? 2 orang pemuda hebat inilah yang membuatnya. Tahun 2003 menjadi tahun bersejarah bagi Blake Ross. Beliau membuat Mozilla ketika berusia 19 tahun.Mozilla perkembang sangat pesat, menggoda pengguna Internet untuk menggunakan browser Mozilla Firefox yang lebih mudah digunakan jika dibandingkan kebanyakan aplikasi pelayar web yang lain.




Mark Zuckerberg


Pemuda ini mungkin sudah menjadi pemuda paling kaya sepanjang perjalanan web social Facebook! Pada usia ke-19 tahun Mark mencipta Facebook yang kini menjadi ruangan web sesawang berbentuk sosial kedua terbesar selepas MySpace. Tidak hairan jika saya, Junaidisite[dot]Com juga sudah berdaftar di Facebook.




Steve Chen dan Chad Hurley


Kalau Anda sering mencari video klip di internet, pasti anda pernah membuka YouTube! Steve dan Chad membangunkan YouTube pada tahun 2005. Pada saat itu Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun. kini YouTube diambil alih oleh Google dengan nilai $1.65 million.




Matt Mullenweg


Para Blogger kalau ditanya tentang siapa Matt Mullenweg pasti tahu. Kerana blogger memanfaatkan hasil karya cipta terbesar di dunia blogging. Matt Mullenweg mencipta platform blogging WordPress ketika berusia 19 tahun iaitu pada tahun 2005. Sejak itu blogosphere mulai berevolusi. Saya sendiri mengakui bahawa WordPress memang senang di guna dan selalu diperbaharui. Dengan pelbagai plugin untuk blog dari segi SEO mahupun layout.




Pierre Omidyar


Ketika Pierre Omidyar berumur 28 tahun beliau membangunkan eBay sebagai website lelongan online antarabangsa yang sangat popular.




Tom Anderson


“Hi! I am Tom” pernah anda terbaca kata-kata tersebut. Jika anda pengguna MySpace mungkin sudah aware dengan Tom. Tom Anderson membangunkan MySpace pada tahun 2004 ketika berusia 23 tahun. Dia mungkin tidak sekaya Mark Zuckerberg. Akan tetapi dia tercatat sebagai mencipta laman sosial yang diguna pakai paling luas di Internet.


Pemuda-pemuda bersejarah dalam perkembangan internet hampir semuanya di dominasi oleh pemuda yang berasal dari Amerika. Bila lagi pemuda Malaysia yang berjaya di internet muncul? Semoga pemuda Malaysia yang hebat-hebat akan ikut serta masuk dalam sejarah perkembangan teknologi.



kredit : http://junaidisite.com


Aku yg cumil,
farieyna
2 orang comel

This Is Me

~Get to know her before making any judgement as sometimes she may proved you wrong~
~Never ever cross the line cuz once you do,she'll do you twice as bad~
~ to see my profile~

!!Elert!
((( orang skodeng )))


Buttonizer

Photobucket


twitter / farieyna

Photobucket



Best Site Ever

  • 4shared
  • Drama Cool
  • Extratorrent
  • Facebook
  • Instagram
  • Istimewa 2 u
  • Kiss Asian
  • Pencuri Movie
  • Twitter
  • Virtualfriend

Bloggers

  • Adrenalin
  • Aimi Syazwanie
  • Anazxoxo
  • Asleenda
  • Azmie
  • Bebet
  • Budi
  • Cik Peanut
  • Citermenarik
  • Eiyna
  • Erlyda
  • Eyda
  • Faza
  • Hanie Twisties
  • Hunny
  • Jiwa Kacau
  • Kathleen
  • Lala (cuzzie)
  • Lila (cuzzie)
  • maksujabbar
  • Mish Apple
  • Mitra
  • Mohd Ridzuan
  • Neyo
  • Nonong (cuzzie)
  • Norezschan
  • pink2cute
  • Rara (cuzzie)
  • rara public
  • Si Bulat
  • Yumizara

My Stories

  • ►  2018 (2)
    • ►  25/3 - 1/4 (1)
    • ►  11/2 - 18/2 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  19/11 - 26/11 (1)
    • ►  22/10 - 29/10 (2)
    • ►  28/5 - 4/6 (1)
    • ►  14/5 - 21/5 (1)
  • ►  2016 (32)
    • ►  18/12 - 25/12 (1)
    • ►  30/10 - 6/11 (1)
    • ►  25/9 - 2/10 (2)
    • ►  18/9 - 25/9 (1)
    • ►  28/8 - 4/9 (1)
    • ►  21/8 - 28/8 (1)
    • ►  14/8 - 21/8 (3)
    • ►  7/8 - 14/8 (2)
    • ►  24/7 - 31/7 (4)
    • ►  17/7 - 24/7 (2)
    • ►  10/7 - 17/7 (1)
    • ►  17/4 - 24/4 (1)
    • ►  10/4 - 17/4 (1)
    • ►  3/4 - 10/4 (3)
    • ►  20/3 - 27/3 (2)
    • ►  13/3 - 20/3 (5)
    • ►  3/1 - 10/1 (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  22/11 - 29/11 (2)
  • ►  2014 (3)
    • ►  13/7 - 20/7 (1)
    • ►  22/6 - 29/6 (1)
    • ►  1/6 - 8/6 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  21/7 - 28/7 (1)
    • ►  30/6 - 7/7 (1)
    • ►  20/1 - 27/1 (1)
  • ►  2012 (30)
    • ►  2/12 - 9/12 (1)
    • ►  4/11 - 11/11 (1)
    • ►  8/7 - 15/7 (1)
    • ►  1/7 - 8/7 (1)
    • ►  3/6 - 10/6 (1)
    • ►  27/5 - 3/6 (1)
    • ►  20/5 - 27/5 (5)
    • ►  6/5 - 13/5 (1)
    • ►  22/4 - 29/4 (5)
    • ►  15/4 - 22/4 (1)
    • ►  4/3 - 11/3 (1)
    • ►  26/2 - 4/3 (1)
    • ►  19/2 - 26/2 (4)
    • ►  12/2 - 19/2 (1)
    • ►  5/2 - 12/2 (2)
    • ►  15/1 - 22/1 (2)
    • ►  1/1 - 8/1 (1)
  • ►  2011 (150)
    • ►  18/12 - 25/12 (3)
    • ►  11/12 - 18/12 (1)
    • ►  4/12 - 11/12 (2)
    • ►  27/11 - 4/12 (1)
    • ►  20/11 - 27/11 (3)
    • ►  13/11 - 20/11 (3)
    • ►  6/11 - 13/11 (4)
    • ►  30/10 - 6/11 (7)
    • ►  23/10 - 30/10 (4)
    • ►  16/10 - 23/10 (6)
    • ►  9/10 - 16/10 (4)
    • ►  2/10 - 9/10 (8)
    • ►  25/9 - 2/10 (3)
    • ►  18/9 - 25/9 (4)
    • ►  11/9 - 18/9 (5)
    • ►  4/9 - 11/9 (3)
    • ►  28/8 - 4/9 (1)
    • ►  21/8 - 28/8 (1)
    • ►  14/8 - 21/8 (1)
    • ►  31/7 - 7/8 (3)
    • ►  24/7 - 31/7 (5)
    • ►  17/7 - 24/7 (4)
    • ►  10/7 - 17/7 (5)
    • ►  3/7 - 10/7 (5)
    • ►  26/6 - 3/7 (6)
    • ►  19/6 - 26/6 (5)
    • ►  12/6 - 19/6 (6)
    • ►  5/6 - 12/6 (11)
    • ►  29/5 - 5/6 (6)
    • ►  22/5 - 29/5 (6)
    • ►  15/5 - 22/5 (6)
    • ►  8/5 - 15/5 (1)
    • ►  1/5 - 8/5 (3)
    • ►  17/4 - 24/4 (1)
    • ►  10/4 - 17/4 (4)
    • ►  3/4 - 10/4 (1)
    • ►  20/3 - 27/3 (4)
    • ►  13/3 - 20/3 (4)
  • ▼  2010 (18)
    • ▼  19/9 - 26/9 (1)
      • Org Yang Pertama
    • ►  5/9 - 12/9 (1)
      • Hari Rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
    • ►  6/6 - 13/6 (1)
      • Sayangillah Ibu Anda Selagi Masih Ada...
    • ►  30/5 - 6/6 (1)
      • Dear GOD..
    • ►  23/5 - 30/5 (1)
      • Kehebatan Cinta.. SO SAD..
    • ►  9/5 - 16/5 (1)
      • Pemuda Terhebat dalam Sejarah Internet Abad 19 dan 20
    • ►  2/5 - 9/5 (2)
    • ►  18/4 - 25/4 (1)
    • ►  11/4 - 18/4 (1)
    • ►  4/4 - 11/4 (1)
    • ►  7/3 - 14/3 (4)
    • ►  28/2 - 7/3 (1)
    • ►  14/2 - 21/2 (1)
    • ►  7/2 - 14/2 (1)
  • ►  2009 (99)
    • ►  6/12 - 13/12 (1)
    • ►  22/11 - 29/11 (1)
    • ►  1/11 - 8/11 (1)
    • ►  25/10 - 1/11 (1)
    • ►  4/10 - 11/10 (1)
    • ►  27/9 - 4/10 (5)
    • ►  13/9 - 20/9 (1)
    • ►  6/9 - 13/9 (3)
    • ►  30/8 - 6/9 (3)
    • ►  23/8 - 30/8 (6)
    • ►  16/8 - 23/8 (2)
    • ►  9/8 - 16/8 (2)
    • ►  2/8 - 9/8 (7)
    • ►  26/7 - 2/8 (2)
    • ►  19/7 - 26/7 (1)
    • ►  5/7 - 12/7 (5)
    • ►  28/6 - 5/7 (6)
    • ►  21/6 - 28/6 (8)
    • ►  14/6 - 21/6 (6)
    • ►  24/5 - 31/5 (1)
    • ►  17/5 - 24/5 (1)
    • ►  10/5 - 17/5 (2)
    • ►  26/4 - 3/5 (2)
    • ►  19/4 - 26/4 (6)
    • ►  15/3 - 22/3 (1)
    • ►  8/3 - 15/3 (3)
    • ►  22/2 - 1/3 (6)
    • ►  15/2 - 22/2 (2)
    • ►  1/2 - 8/2 (3)
    • ►  25/1 - 1/2 (1)
    • ►  11/1 - 18/1 (8)
    • ►  4/1 - 11/1 (1)
  • ►  2008 (62)
    • ►  28/12 - 4/1 (2)
    • ►  21/12 - 28/12 (5)
    • ►  14/12 - 21/12 (1)
    • ►  7/12 - 14/12 (7)
    • ►  23/11 - 30/11 (1)
    • ►  16/11 - 23/11 (9)
    • ►  9/11 - 16/11 (2)
    • ►  26/10 - 2/11 (2)
    • ►  19/10 - 26/10 (1)
    • ►  5/10 - 12/10 (1)
    • ►  7/9 - 14/9 (1)
    • ►  31/8 - 7/9 (2)
    • ►  17/8 - 24/8 (4)
    • ►  10/8 - 17/8 (1)
    • ►  20/7 - 27/7 (1)
    • ►  29/6 - 6/7 (2)
    • ►  22/6 - 29/6 (4)
    • ►  15/6 - 22/6 (3)
    • ►  8/6 - 15/6 (5)
    • ►  1/6 - 8/6 (1)
    • ►  25/5 - 1/6 (7)
 


Sharing Is Caring

My Ads and Banner


Photobucket
Photobucket




Copyright by Farieyna and copypaste from others