Saturday, March 19

Just 4 Minutes

Video ni sangat sedih, hanya 4 minit mereka bagi untuk kita pandang family kita... me sad!!!

Aku pun pernah pandang arwah bapa begitu, tapi time dia x perasan.. aku nampak sudah banyak kedutan dan muka bapa nampak kusam. Nampak betul-betul berusia. 

Ya Allah, besarnya pengorbanan bapaku dalam membesarkan kami. Aku amat bersyukur dikurniakan bapa yang sangat penyayang. Ya Allah, tempatkanlah arwah bapaku dikalangan umatmu yang beriman. Ampunkan dosanya selama dia di dunia ini. 





Friday, March 18

ALONE BUT STILL OKAY


Ya, orang kata hidup sendirian tu menyedihkan. Tapi, Alhamdulillah setakat ini aku belum rasa sedih bersendirian. selama berapa tahun aku tanpa suami, aku dapat menjaga arwah bapa, sekurang-kurangnya aku telah berbakti kepada arwah bapa yang tercinta. RINDU?? memang rindu. Malah tersangat rindu. Gelak tawa bapa, suara bapa, semua tentang bapa masih aku teringat-ingat. Dan itu menyebabkan aku dapat melupakan sejarahku dengan insan bergelar suami masa laluku. 

Aku hidup sekarang ni, aku mahu kumpul duit banyak-banyak. Mau pergi melancong, dan bayar hutang-hutangku semua termasuk hutang Maybank yang disebabkan lelaki itu.  In shaa Allah ,lepas aku sudah puas, aku mau pergi umrah. cuma kena tunggu sampai umur 50tahun kalau aku tiada suami. 

Bukanlah tiada langsung niat dihati ingin kembali bersuami, tetapi masa lalu buat aku fobia dan takut untuk melangkah lebih jauh. So, just go with the flow....Biarlah Allah menentukan segalanya. Andai terjadi, itu adalah jalan terbaik yang Allah sediakan untuk aku.. In shaa Allah.



IMPIAN OST - LAGU UNTUKMU (AMY MASTURA)





LAGU UNTUKMU - AMY MASTURA

Dengarkanlah wahai kekasih
Nadaku ini yang mengalun
Bersama getaran asmara
Segala yang ku cipta sebagai tanda
Cinta yang tulus dan murni
Di dalam kalbu sanubariku
Lagu ini untukmu
Ini tanda cintaku
Sayangku hanya untuk dirimu
Oh Tuhan berikanlah kurnia kasihmu
Bagi kami yang meniti
Hidup di jalanmu
Penuh kasih dan sayang
Semoga kekal abadi
Sampai akhir nanti
Segala yang ku cipta sebagai tanda
Cinta yang tulus dan murni
Di dalam kalbu sanubariku
Lagu ini untukmu
Ini tanda cintaku
Sayangku hanya untuk dirimu
Oh Tuhan berikanlah kurnia kasihmu
Bagi kami yang meniti
Hidup di jalanmu
Penuh kasih dan sayang
Semoga kekal abadi
Sampai akhir nanti



\

Thursday, March 17

Alhamdulillah


Semalam jam 9.30 pagi pergi hospital utk teruskan kes bapa. sesampai di sana, kami d sambut oleh cik asmirana.
ada 4 doctor dr hospital2 sabah (kk, sandakan) doctor psychologist , surgeon, anesthesia.
ketika tu, teringat kembali masa arwah bapaku kesakitan menahan sakit. semua benda ni mengingatkan aku kembali ke masa tu, Ya Allah, sungguh aku tidak tahan.. aku menangis mengingatkan kembali penderitaan bapaku. Kejam sangatkah mereka yang melakukan cucukan keatas bapaku.
Segelintir doctor zaman sekarang ni, diorang hanya ingat profesion drg ja. jaga cara kerja diorang, tapi nilai kemanusiaan mereka sudah hilang. xda kata2 maaf pun yang keluar dari mulut mereka atas pemergian bapaku atas kesilapan yang mereka lakukan.
Allah maha adil, kami menang kes ni, dan akan di bayar pampasan dan doctor2 tu diambil tindakan tatatertib.
Di sini aku berjanji atas nama Allah swt dan nama arwah bapaku, duit pampasan tu akan aku sedekahkan ke agensi mana2, klu tidakpun, akan ku sedekahkan duit tu utk membeli brg2 keperluan masjid.
Ya Allah Ya tuhanku, semoga dengan apa yang aku lakukan, arwah bapaku akan dilimpahi pahala yang tidak ada hentinya. amin ya rabbal alamin...




Monday, March 14

Kementerian Kesihatan Malaysia


Assalamualaikum....

Tanggal 16.3.2016 jam 8.00am kena pergi hospital lagi untuk kes arwah bapa. Sebelum ni aku kesana untuk meneruskan kes arwah bapaku, So, kali ni org dari luar sabah lagi datang untuk selidik hal ni. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dan komfom akan menjatuhkan lagi airmataku. Ya Allah, kuatkanlah aku menempuhinya,, Aku cuma nakkan keadilan atas aapa yg diorang lakukan keatas bapa saya.