Saturday, March 19

Hikayat Merong Mahawangsa

Annyeong...slmt pagi, jam suda menunjukkan pukul 12.28am.. tp mataku masi terang..baru balik dari cinema nonton film Hikayat Merong Mahawangsa dgn RaraHjAbdHadi n Nanad. Cerita tu tersangat la best.. Mmg x menyesal nonton, pada mulanya aku ni mmg jenis x suka dgn filem melayu (SORYY!!), tp dsebabkan crita HMM ni, baru la tbuka mataku.. Mmg hasil KRU sgt mbanggakan.
Balik rumah jak, trus seacrh google pasal Merong Mahawangsa n ni la hasilnya..

Ringkasan Cerita HMM

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.

Jalan ceritanya cam lain lak kan.. tp tak kisa la, asalkan film tu memuaskan ati byk pihak...
Pelakon utamanya Stephen Rahman Hughesmmg sangat kacak..,jatuh cinta dgn dia, tp dia sudah kawin..punah harapan..nway, ALL the Best KRU..
Aku yg cumil,
farieyna

No comments:

Post a Comment